Wednesday 9 March 2016

Riben & Ropol

Ini gaya hidup hipster!

Indahnya hidup ini bukan pada adanya riben dan ropol. Indahnya hidup ini atas nikmat kurniaNya. Air kosong juga sedap bagi yang dahaga. Itu kata saya yang senang dengan hidup tak beriben dan tak beropol sejak azali lagi. Malah berbedak pun jarang sekali diri ini. 

Tapi bukan bagi generasi Y dan Z hari ini. Dari mana patut saya mula ya? Makan dan minum anak muda hari ni penuh riben dan ropol yang terkadang sangat menjolok mata. Melihatkan pada jus buah ditambah susu dengan coklat bersama whip cream yang ditabur dengan sprinkles berwarna-warni dalam gelas besar lagi angun.. membuatkan saya rasa sedih, marah, malu dan lelah.

Hari ini minuman dan makanan juga berdandan dan berhias mengalahkan Che Ta ke majlis anugerah. Dari kopi ke air buah ke macam-macam lagi makanan. Semuanya sekarang nak "berdandan". Di tabur segala jenis gula, biskut, krim dan diletak dalam segala jenis balang, tempurung, pasu, lesung, kuali, baldi, senduk, sumpit bagai. Terkini semua 'dandanan' minuman ini sengaja dibiarkan meleleh dan meliar diluar gelas atau piringnya. Untuk nampak lebih cantik mungkin? Untuk nampak lebih bergaya kopi tu mungkin? Saya selalu bertanya sendiri perlukah semua itu? Memanglaaa..bukannya berdosa kalau semuanya dihirup habis tanpa baki setitik pun.

Tapiii...perlukah semua itu? 


Tuesday 8 March 2016

Ketupat & Rendang!


Picture from NST Throwback Thursday section-2015.
Sedap kan kalau dapat makan ketupat dengan rendang? 

Kalau zaman dulu-dulu... memang rare nak dapat makan ketupat & rendang selalu. Paling banyak setahun 2 kali saja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Saya pernah lalui zaman tu. Bukan setakat ketupat, bahulu dan lain-lain kuih 'Raya' cuma akan ada pada hari dan minggu raya sahaja. Malah kalau ziarah rumah orang 2 minggu lepas raya ...kita akan cuma dapat cekodok atau biskut 4 segi saja. Tuan rumah kata.."pasaipa (Why? cakap orang utara) tak mai masa raya hari tu...ada ketupat ada rendang!" 

Betapa zaman sudah berubah. Hatta, peradaban manusia dalam menyediakan makanan juga berubah. Bertambah baik dari satu segi tapi merosot dari segi lain. Bertambah mutu dari segi kelengkapan dan masa yang diperlukan untuk menyediakan makanan. Tapi apakah adab dan nilai yang kita curahkan dalam menyediakan dan menikmati makanan itu bertambah  baik. 

Saya masih ingat lagi tahun 1977-78, waktu tu belum masuk sekolah lagi. Abang saya datang kejut saya satu pagi dengan senyum sengih suruh saya bangun dan mandi sebab hari ni mak nak sembelih ayam! Once upon a time, to have chicken for a meal is a privilege. It has to be a very special occasion to deserve a chicken meal. Dan untuk hari tu saya diberitahu abang sulung yang tinggal di KL akan balik ke rumah. So, kita dapat makan ayam! Memang kena celebrate sebab sangat jarang abang tu balik ke rumah. Nikmatnya dapat makan lauk ayam. Malah nikmatnya seperti makan ketupat dan rendang setahun sekali. Betapa nikmat itu hanya Tuhan saja la yang tau. 

Kalau kita pikir balik ..sungguh.. berapa banyak effort, time, love and affection yang kami sekeluarga fokuskan kepada penyediaan masakan tu yang membuatkan makanan tu lazat sampai ke langit ke-7. Dalam setiap langkah tu...semua orang berdoa dalam hati.. Ya Allah, bagiiila abang dapat tangkap ayam tu...Ya Allah bagi la ayah dapat sembelih ayam tu. Mak pulak doa masa masak...bagi la gulai ayam ni sedap nanti. Ayah pulak kata dalam hati bagi la ayam ni banyak isi ..cukup untuk kami sekeluarga. Akhirnya, gulai ayam tu jadi sedap sangat sebab ramai yang mendoakan yang baik-baik di sepanjang perjalanannya dari reban ke dalam periuk dan kemudian ke dalam perut. Dan saya pulak berdoa..Ya Allah..bagi la dapat makan peha ayam tu...jangan bagi dapat dekat abang! Nikmat hidup zaman dulu mudah saja...dapat makan dengan keluarga pun dah nikmat. 

Tapi hari ni ketupat dan rendang...petik jari saja dah dapat makan! Lauk ayam? Budak sekarang 15 kali sehari makan ayam. Ayam siap proses bertimbun kat pasaraya. Entah dari mana asal ayam tu pun kita tak berapa tahu. Ayam tu lah yg jadi rendang di jual kat kedai makan dan ayam yang sama jugak la mak kita beli untuk masak rendang untuk kita. Ayah, abang dan adik beradik yang lain tak terfikir pun nak mendoakan semoga ayam tu selamat sampai dari Tesco ke dapur kita. Mak-mak pun kadang-kadang ingat dan selalunya terlupa nak baca doa masa masak rendang sebab sibuk nak kemas rumah lagi, pikir pasal ofis la. Malah, kadang-kadang yang ada dalam kepala mak tu..hmm ini ja yang mak sempat masak...kalau nak.. makan. Kalau tak nak... pandai-pandai la nak hidup. Lauk yang tak habis diberi kucing atau lebih sedih dibuang saja. So, tak hairan lah kalau ramai orang yang tak dapat rasa nikmat hidup ni. 

Dari segi makanan saja pun ramai yang tak menjaga adabnya dengan penuh kasih sayang. Mungkin sebab tu la ramai yang buat perangai macam kurang kasih sayang. Baling anak lah, bunuh mak lah.Paling teruk bila ada yang buat perangai macam tak dak Tuhan kat dunia ni. Main ikut sedap perut tengkuk dia sajaa!

Dunia memang sentiasa berubah...dunia ketupat & rendang pun berubah ikut masa. Dari satu segi mungkin kita akan rasa sekarang lagi tambah nikmat sebab dapat makan ketupat dan rendang bila-bila masa dan di mana jua kita berada. Tak macam zaman dulu hanya sekali setahun tapi nikmat sekali itu sungguh berkesan di hati dan dikenang sepanjang hayat.